Salam semua... Alhamdulillah dapat bertemu lagi dalam entri kali ini.. Sambung topik hari tu.. Macam yang dijanji... Entri kali ni tentang 21 ciri dan info yang perlu dicatat semasa dalam proses mempelajari tanaman herba dan fungsinya.
Kiter pun tak dapat nak buat semua sebab takde tempat nak simpan.. Nanti rosak pulak.. Sayang.. Mudah-mudahan suatu hari nanti kiter dapat kumpul dan memiliki data mengenai tumbuhan herba tempatan... buat herbarium.. utk rujukan kiter sendiri n anak cucu.. ceh.. jauh berangan.. Tapi betul la kan.. Takkan nak cerita satu-satu segala ilmu yang kiter tau.. Kot panjang umur.. Kalau pendek umur? Sekurang-kurangnya kiter da tinggalkan sesuatu yang orang lain boleh guna.. Mungkin bukan sekarang.. Tapi suatu hari nanti...
Oke2... Stop melalut... terus ke point yang diperlukan... 21 ciri dan info yang perlu dicatat itu adalah seperti berikut:-
Kena tahu Nama Tempatan yang biasa dipanggil, Nama Saintifik (Bahasa Latin), Nama Asing (panggilan bagi penduduk negara lain etc.), Nama Daerah (nama tempatan mengikut daerah)
Maklumat mengenai keluarga tumbuhan, bangsa, suku, jenis dan variasinya. Mengikut sistem klasifikasi tumbuhan dunia. Antara keluarga tumbuhan yang popular seperti LAMIACEAE/ LABIATEAE (keluarga daun ati-ati, pudina, oregano), LEGUMINOSAE/ FABACEAE (keluarga kekacang).. dan banyak lagi.
Jenis tumbuhan dalam kategori tumbuhan semak, pokok (tumbuhan yang lebih 5m), penutup bumi dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris, maksudnya tumbuhan dikategori sebagai shrub atau tree, groundcover, vines, climber.
Cara ia tumbuh sama ada tegak, menjalar, rendang.. Letakkan gambar penuh tumbuhan untuk lebih penjelasan.
Keadaan daun, warna, bentuknya, permukaan, saiz.. ambil 2 helai untuk dikeringkan sebagai sampel.
Keadaan batang, cabangnya macam mana, kekerasan. Ambil 3 sampel batang. Buat potongan melinang batang setebal 1 mm atau kurang dan keringkan sebelum disimpan dalam envelop besar.
Jenis bunga, warna, bentuk, ukuran, kehadiran bau dan lain-lain info dicatatkan. Ambil contoh bunga yang sedang mekar atau pecah-pecahkan ikut kesesuaian, keringkan dan simpan.
Bentuk buah, warna, rasa, jumlah, berbiji atau tidak, ukuran, kekerasan, ketebalan isi, aroma dan lain-lain maklumat mengenai buah dicatatkan. Ambil beberapa sampel buah, buat 2 hirisan melintang dan 2 hirisan membujur. Ketebalan sekitar 1mm atau kurang bagi setiap hirisan. Keringkan dan simpan.
Jenis akar, pola akar,warna, aroma dan rasa. Ambil 2 sampel akar kecil yang berdiameter 2 mm atau kurang. Keringkan dan simpan. Buat 2 hirisan bagi akar yang lebih besar.
- Petunjuk pengenalan utama.
Bahagian utama tumbuhan yang boleh menjadi petunjuk utama dalam pengenalan tumbuhan.
- Tempat pertumbuhan dan keperluan pertumbuhan.
Kesesuaian tanaman untuk hidup subur sama ada di tempat lembap atau kering, redup atau bawah matahari dan sebagainya.
- Cara pembiakan/ cara tanam.
Mungkin melalui biji benih, spora atau pembiakan vegetatif. Boleh jadi juga kedua-duanya. Jika pembiakan vegetatif, jelaskan secara keratan, pembahagian rumpun, bebawang dan sebagainya.
Kajian karakter tanaman yang bergantung kepada pengolahan sampel dan kajian karakter tanaman yang diperoleh berdasarkan ekstrak tanaman.
Kandungan kimia yang biasanya berkaitan dengan pengubatan penyakit tertentu.
- Kandungan kimia terpenting.
Kandungan kimia dalam tanaman yang menjadi kunci dalam pengubatan.
Semua kesan perubatan yang dimiliki tanaman tersebut dan dianalisis kaitannya dengan kandungan kimia yang ada dalam tanaman.
Kesan perubatan utama yang menyebabkan tanaman kerap digunakan.
- Penyakit utama yang dapat disembuhkan.
Jenis penyakit yang paling kerap disembuhkan dengan tanaman tersebut dan kaitannya dengan kandungan kimia tanaman atau sifat lain yang dimiliki.
- Penyakit lain yang dapat disembuhkan.
Jenis penyakit yang dapat disembuhkan dengan kesan perubatan yang terdapat pada tanaman.
Kesan sampingan penggunaan tanaman kerana mungkin tidak sesuai bagi kanak-kanak, wanita hamil dan sebagainya. Dos penggunaan tanaman yang boleh mengakibatkan keracunan.
- Catatan khusus berupa keistimewaan.
Kegunaan tanaman selain dari fungsi perubatan sama ada sebagai makanan, keperluan spiritual, racun, hiasan, pewangi, pencuci, pewarna, alatan rumah tangga, bangunan dan sebagainya.
OpS!! Jangan lupa sediakan buku catatan, envelop besar untuk simpan tanaman yang dah dikeringkan, pisau, pembaris, pen.. dan alatan yang perlu dalam proses belajar.. Bukan boleh wat dalam masa seminggu semua ni.. Kesabaran.. ketekunan.. penting.. Tapi kalau malas, tak yah r buat.. Otak expert ble ingat macam2 xpela.. Tapi nanti kalau lupa.. atau mayb da tua..da rabun ke.. da xble bau ke.. anak cucu tanye.. silap pokok.. kiter tak tau.. hoho~
Oke... Alhamdulillah.. Sekian sahaja tentang langkah-langkah untuk mempelajari tanaman herba..Harap maaf atas segala kekurangan kiter.. Ada masalah.. bagi la kat ruang komen he.. nnt ble bincang dengan pembaca lain.. Kalau kiter tahu.. kiter jawab... heheh... oke.. Jumpa lagi.. Salam kejayaan untuk semua..
JaDikAn HaRi EsOk LeBiH Baik dari HaRi InI
KeLuaRgA HaDiaH TerBaiK DaLam HiDup KiTa..
SayaNgi MereKA SelAgi AdA...